OUR TEAM BLOG :
Terdapat kandungan blog dan gambar serta laman web iaitu: http://e-agric.blogspot.my
PENGENALAN
Biodata setiap ahli kumpulan dan gambar.
Sebelum menceritakan tentang tajuk blog kami iaitu cara penanaman dan pengurusan penyakit padi, kami terlebih dahulu ingin memperkenalkan biodata ahli kumpulan kami.
PENGENALAN
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.
KEPERLUAN ASAS
Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.[1] Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).
KAWASAN TANAMAN
Terdapat kandungan blog dan gambar serta laman web iaitu: http://e-agric.blogspot.my
PENGENALAN
Biodata setiap ahli kumpulan dan gambar.
Sebelum menceritakan tentang tajuk blog kami iaitu cara penanaman dan pengurusan penyakit padi, kami terlebih dahulu ingin memperkenalkan biodata ahli kumpulan kami.
Name: Nur Hazirah Binti Pauzi
Address: Kampung Kandis,16800 Pasir Puteh,Kelantan
Study at: Politeknk Jeli,Kelantan
Course: Diploma Agrotechnology
Name: Wan Nurnasreen Afia Binti Wan Nazri
Address: 1249 Kampung Atas Pinggir,17000 Pasir Mas,Kelantan
Study at: Politeknik Jeli,Kelantan
Course: Diploma Agrotechnology
Name: Nurul Syamila Ardini Binti Musa
Address: lot 2455 kampung patek,16450 ketereh ,kota bharu,kelantan.
study at: Politeknik Jeli,Kelantan
Course: Diploma Agrotechnology
PENGENALAN
Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur.
KEPERLUAN ASAS
Tanaman padi memerlukan sinaran matahari, suhu dan jumlah hujan (18-40oC dan 1240 mm/tahun) yang cukup dan memerlukan keadaan air bertakung.[1] Oleh itu, tanah-tanah berstruktur halus seperti lempung, lempung berkelodak, lom lempung atau lempung berpasir adalah sesuai. Sifat kimia tanah sawah yang subur ialah pH (5.0-6.0), nitrogen (2-3%), fosforus (>40 ppm), kalium (>0.1 meq/100g), CEC (>20 meq/100g) dan karbon organik (2-3%).
KAWASAN TANAMAN
Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara.[2] Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.
Bukti padi di Semenanjung Malaysia didapati di Gua Cha dan Gua Harimau dari Zaman Neolitik antara 6,000 hingga 4,000 tahun dahulu. Bagaimanapun ia belum dapat ditentukan samaada padi tersebut ditanam, spesies liar atau diimport. [3]
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.
Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.
UMUR PADI
Umur padi dikira dari mula ditabur hingga mengerat, umumnya terbahagi kepada dua peringkat. Dua peringkat itulah peringkat umur padi yang menjadi pokok perbicaraan apabila soal itu diperbincangkan. Padi yang berumur kira-kira. tujuh bulan ke atas dipanggil 'padi berat' dan padi yang berumur antara empat hingga enam bulan pula dipanggil 'padi ringan'.
Yang lebih mustahak diketahui lagi ialah bagaimana pengiraan orang-orang bendang tentang cukup atau tidak cukup umur padi yang ditanamnya itu dan peringkat-peringkat membesarnya. Mengikut pengiraan orang tua-tua, padi menempuh lima peringkat umur.
Peringkat pertama ialah dari mula menabur hingga menjadi semai yang cukup umur. Peringkat yang kedua dari cukup umur hingga pokok padi yang ditaman itu beranak Peringkat yang ketiga pula ialah dari beranak hingga bunting. Yang keempat dari bunting hingga mula berbuah. Peringkat yang terakhirnya ialah dari mula berbuah hingga padi itu masak Tiap-tiap satu peringkat itu mengikut perkiraan kasar memakan masa selama 44 hari.[4]Menjemur padi
Jadual umur menggunakan teknik tabur terus Varieti MR219 dan peringkat pertumbuhan
Bilangan hari selepas tabur biji benih | Peringkat pertumbuhan |
---|---|
16 hari | Mula beranak |
35 hari | Beranak aktif |
50 hari | Pembentukan tangkai |
70 hari | Pengisian susu |
110 hari | Tuai |
VARIETI
Terdapat dua jenis padi iaitu padi tradisional (>140 hari peringkat matang) dan padi varieti baru (<135 hari peringkat matang). Dalam tempoh 1972-1998 terdapat 25 varieti padi baru yang telah diperkenalkan untuk penanaman dua kali setahun di Malaysia. Padi varieti baru mempunyai potensi penghasilan yang tinggi tetapi bermasalah daripada segi mutu dan kurang ketahanan terhadap perosak dan penyakit. Manakala varieti padi tradisional pula amat peka terhadap fotokala, bertempoh matang panjang, pokok tinggi serta mudah rebah dan kurang gerakbalas terhadap baja. Walau bagaimanapun, varieti ini mempunyai keistimewaan dari segi citarasanya yang sedap.
Ciri-ciri utama varieti padi yang disyorkan masakini ialah MR 84, MR 167, MR 185, MR 159 dan lain-lain varieti yang telah diisytiharkan serta masih ditanam. Varieti-varieti yang sesuai mempunyai ciri-ciri berikut:
- Tahan penyakit karah
- Tahan gangguan di peringkat anak semai
- Sederhana tinggi dan pokok tumbuh tegak
- Tidak mudah rebah
- Masak serentak
- Tidak mudah relai supaya sesuai untuk penuaian menggunakan jentera.
Penggunaan biji benih yang berkualiti merupakan satu langkah penting dalam pakej penanaman padi kerana ia dapat menjamin pengeluaran hasil yang tinggi. Disyorkan menggunakan biji benih berkualiti dalam kategori biji benih padi sah kerana telah menepati Malaysian Standard MS 469-1993.[1]
SISTEM PENANAMAN
SISTEM MENGUBAH
- Menanam secara manual
Dalam sistem mengubah memerlukan penyediaan tapak semaian yang dipilih di kawasan yang agak tinggi dari keadaan sekeliling. Lebar tapak biasanya 1-2 meter dan panjangnya pula bergantung kepada kemudahan untuk mengurus air. Tanah dibajak 2 kali iaitu pertama untuk mendapatkan keadaan permukaan tanah yang baik. Seterusnya tapak ditambak setinggi kira-kira 5-10 cm dari paras biasa dan diratakan.
Anak padi ditanam mengikut barisan untuk menyenangkan kerja-kerja pengurusan kelak. Tiap-tiap lubang ditanam sebanyak 2-3 pokok. Anak padi ditanam tegak dan tidak terlalu dalam supaya pengeluaran tunas tidak terganggu. Jarak tanaman tidak melebihi 25 cm x 25 cm untuk hasil optimum.
- Menanam menggunakan jentera penanam
Boleh diamalkan terutama di kawasan di mana tabur terus tidak boleh diamalkan serta bagi kawasan yang mengalami masalah padi angin (klik lihat ulasan mengenai padi angin) dan juga sesuai bagi kawasan yang kekurangan tenaga kerja. Mengubah dengan menggunakan jentera penanam memerlukan anak semai dalam kotak khas. Kadar benih yang disyorkan ialah 50 kg/hektar.
Media semaian disediakan dengan campuran 50% sekam padi terbakar dan tebal media ialah 2-2.5 cm dipadatkan. Benih terpilih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam untuk memudahkan percambahan. Benih pracambah ditabur dalam kotak semai khas dengan kadar 200 g/kotak. Semaian dibiar bercambah 2-3 hari dan kemudian dipindah ke rak takungan untuk direndam. Semaian dijaga sehingga 15 hari atau tinggi semaian diantara 15-20 cm sebelum diubah dengan jentera penanam.
SISTEM TABUR TERUS
Sistem tabur terus iaitu serak basah dan serak kering. Tabur terus serak basah diamalkan secara meluas sekarang. Benih yang telah bercambah ditabur terus ke kawasan sawah dalam keadaan tepu. Bagi serak kering pula, biji benih pracambah ditabur ke kawasan sawah kering selepas penyediaan tanah. Tanah kemudiannya akan dipadatkan selepas benih ditabur. Bagi kedua-dua sistem ini kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 kg/hektar.
SISTEM KEAMATAN PADI
Sistem tanaman padi secara SRI mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 2009. Kaedah sistem ini berbeza dengan amalan tanaman secara konvensional. Anak benih padi dipindahkan dan ditanam dalam usia kurang 15 hari dan dijarakkan diantara satu sama lain. Tanah sawah hanya dibiarkan lembab. Kadar benih yang digunakan hanya 5 kg/hektar. Sistem ini dapat menjimatkan penggunaan air sehingga 50% dan meningkatkan hasil padi.
PEMILIHAN BENIH TANAMAN
Disyorkan menggunakan biji benih sah keluaran Jabatan Pertanian.[1] Manakala bagi biji benih yang dikeluarkan oleh petani, ianya perlu dipilih melalui tapisan dengan menggunakan bancuhan air garam yang boleh menimbulkan sebiji telur ayam yang nilai ketumpatan bandingannya 1.08. Hanya biji benih yang tenggelam sahaja yang digunakan sebagai biji benih. Biji benih pracambah hendaklah ditabur sejurus selepas selesai kerja-kerja penyediaan tapak. Penggunaan baja foliar amatlah digalakkan sebelum padi berbunga.
PENGURUSAN AIR
Sistem pengairan terkawal di kawasan jelapang padi, dimana air dibekal dari tali air, ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar ke dalam parit pada masa tertentu. Sistem ini memerlukan batas ladang untuk menakung air di dalam lot sawah dan parit ladang untuk menyalirkan air keluar aras tanah yang rata.
Bekalan air ke sawah adalah terhad. Pengurusan air yang berkesan mengambilkira keperluan air di sawah mengikut peringkat penyediaan tanah, peringkat pertumbuhan padi dan sistem tanaman yang diamalkan. Diantara faedah-faedah pengurusan air yang sempurna adalah seperti berikut:-
- Menjamin bekalan air yang cukup mengikut jadual persawahan.
- Dapat mengelakkan pembaziran air.
- Membantu pertumbuhan pokok melalui keberkesanan pembajaan, kawalan rumpai dan kawalan perosak, iaitu meningkatkan kecekapan dan hasil.
- Memudahkan mekanisasi ladang.
Bagi kebanyakan kawasan padi, keperluan pengiaran pada puratanya ialah satu cusec/30ha. Kawalan paras air di sawah adalah kritikal bagi sistem penanaman padi. Berikut menunjukkan paras air 10 cm adalah kritikal bagi memenuhi keperluan preingkat pertumbuhan iaitu seleaps mengubah dan tabur terus, beranak aktif, pembentukan bulir, bunting dan terbit. Manakala pembuangan air juga kritikal pada tempoh 20 hari sebelum menuai, tetapi bekalan air diteruskan dari hari ke 40-115.
TEKNIK PENGURUSAN AIR BAGI SISTEM MENGUBAH
TEKNIK PENGURUSAN AIR BAGI SISTEM MENGUBAH
Bagi penjimatan air, jangkamasa pratepu padi peringkat permulaan musim hendaklah dikurangkan sehingga 3-4 hari iaitu setakat cukup untuk tanah menjadi tepu. Paras air kemudian dibiarkan di paras minimum (3-5 cm) bagi memudahkan pergerakan jentera. Paras air semasa mengubah adalah diantara 5-10 cm dan dibiarkan pada paras tersebut sehingga peringkat membeku dan matang di mana semua air disalir keluar jika boleh Tanaman hendaklah dijadualkan supaya peringkat pembiakan pokok tidak bertepatan dengan musim kemarau dan tanah asid sulfat hendaklah sentiasa ditenggelami air sepanjang masa pertumbuhan sehingga selepas peringkat membeku dan matang.
PENGURUSAN AIR BAGI SISTEM TABUR TERUS
Pengurusan air perlu dilaksanakan dengan rapi bagi mendapatkan kesan yang baik untuk persediaan tanah, peratus pertumbuhan padi, keseragaman pertumbuhan padi dan kawalan rumpai. Keadaan tanah yang sesuai untuk ditabur biji benih adalah tanah yang rata, lembab dan paras air pula boleh diturunnaikkan mengikut pertumbuhan pokok. Bekalan air yang berterusan adalah perlu sekiranya biji benih kering ditabur di atas tanah kering untuk mendapatkan percambahan dan seterusnya pertumbuhan pokok yang memuaskan. Air pada mulanya dimasukkan ke sawah dan dibiarkan pada ketinggian 10 cm semasa pemutaran basah. Air disalir keluar 1-2 hari sebelum menabur benih dan sekiranya terpaksa menabur di dalam sawah yang sudah dimasuki air, air yang berlebihan hendaklah disalirkan keluar. Kurangkan gangguan yang mengocak air kerana ini akan memberi kesan buruk pada percambahan dan pertumbuhan pokok. Paras air sentiasa ditakung pada ketinggian 5-10 cm dan dibuang 15-20 hari sebelum menuai bergantung kepada jenis tanah dan kecekapan saliran.
PENYAKIT KARAH DAN REPUT TANGKAI
Tersebar dengan cepat – satu bintik boleh menghasilkan 100 to 1000 spora/semalam selama 20 hari.
Kemusnahan teruk -Kehilangan hasil 1 to 50 %
-10 % serangan reput tangkai – kerugian 6 to 5 % hasil
Menyerang semua peringkat pertumbuhan padi.
Kualiti padi berkurangan
Pendapatan akan terjejas
Kemusnahan teruk -Kehilangan hasil 1 to 50 %
-10 % serangan reput tangkai – kerugian 6 to 5 % hasil
Menyerang semua peringkat pertumbuhan padi.
Kualiti padi berkurangan
Pendapatan akan terjejas
PRINSIP PENGAWALAN
• Pemantauan – Kawalan pada tahap ambang tindakan.
• Pengawalan sebelum wabak – pengawalan bila simtom awal serangan dikesan
• Kenalpasti simtom serangan – pemilihan bahan kimia yang tepat
Bagaimana nak kenal pasti penyakit karah ?
Kesan serangan karah akan kelihatan pada hari ke 7-10.
Kawalan:
Guna: Racun sistemik
Bahan Aktif : Isoprothiolane 40
Bahan Aktif : Isoprothiolane 40
untuk:
• Pencegahan (Preventive)
• Penghapusan (Eradicative)
• Rawatan (Curative)
• Kawalan (Control)
• Pencegahan (Preventive)
• Penghapusan (Eradicative)
• Rawatan (Curative)
• Kawalan (Control)
INGAT !! Hanya 2 kali peyemburan untuk menyelamatkan padi anda
1. Pada hari ke 30-40 selepas benih ditabur
2. Pada hari ke 60-70 selepas benih ditabur
1. Pada hari ke 30-40 selepas benih ditabur
2. Pada hari ke 60-70 selepas benih ditabur
PANDUAN BANCUHAN LARUTAN RACUN PEROSAK DAN ANGGARAN KOS PENGGUNAAN FUJIONE 40 EC.
Untuk Keluasan 1 Ekar
Untuk Keluasan 1 Ekar
Semburan Pertama :400ml Fujione :
- Untuk jenis pam 18liter/pam – gunakan 67ml Fujione x 6 pam = 108 liter
- Untuk jenis pam 20liter/pam – gunakan 80ml Fujione x 5 pam = 108 liter
Semburan Kedua : 670ml Fujione :
- Untuk jenis pam 18liter/pam – gunakan 112ml Fujione x 6 pam = 108 liter
- Untuk jenis pam 20liter/pam – gunakan 134ml Fujione x 5 pam = 108 liter
PENYAKIT HAWAR SELUDANG
- Biasanya mula menyerang pada peringkat beranak maksimum
- Bentuk lesion bujur dan melecuh
- lebih kurang ¼ inci lebar, ½ hingga 1¼ inci panjang
- merebak dengan cepat pada peringkat berbunga sehingga pengisian biji bila terdapat hujan.
- Serangan di peringkat ini –menghasilkan padi yang hampa terutama pada bahagian bawah tangkai.
- Juga boleh menyebabkan padi rebah.
- Punca serangan “sclerotia” boleh hidup di dalam tanah untuk beberapa tahun.
PRINSIP PENGAWALAN
Pemantauan – Kawalan pada tahap ambang tindakan.
Pengawalan sebelum wabak – pengawalan bila simtom awal serangan dikesan
Kenalpasti simtom serangan – pemilihan bahan kimia yang tepat
Kaedah Pengawalan
PRODUK: MONCUT 15EC
Bahan aktif : Flutolanil 15%
Bahan aktif : Flutolanil 15%
Panduan Semburan : Moncut
- Untuk jenis pam 18 liter/pam – gunakan 67ml Fujione x 6 pam = 108 liter
- Untuk jenis pam 20 liter/pam – gunakan 80ml Fujione x 5 pam = 108 liter
Racun kulat yang menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi terhadap kulat Basidiomycetes
Kelebihan Flutolanil 15%:
- Mempunyai Aktiviti Perlindungan Dan Menyembuh
- Bertindak Secara Sistemik
- Dapat menyerap “translocated” dari bahagian bawah pokok ke bahagian atas dan atas kebawah.
- Tiada Kesan Kelecuran “phyto” ke atas pokok padi.
PENYAKIT REPUT SELUDANG BAKTERIA
SIMPTOM-SIMPTOM
1. Bintik panjang berwarna hijau gelap dan kemudian perang gelap.
2. Serang – daun, seludang, ruas, batang dan tangkai.
3. Buah padi tidak berisi.
LANGKAH-LANGKAH PENGAWALAN (menghalang lebih baik dari mengawal)
Amalan kultura – membakar jerami menghapuskan innokulum penyakit.
Pembajaan yang tidak berlebihan – lebih tahan pada penyakit bawaan bakteria dan karah.
Guna benih yang bersih.
Pemantauan – Kawalan pada tahap ambang tindakan.
Pengawalan sebelum wabak – pengawalan bila simtom awal serangan dikesan.
Kenalpasti simtom serangan – pemilihan bahan kimia yang tepat
LAMPIRAN
Comments
Post a Comment